Info Pelawat
IP Address
54.81.170.186
 
Browser
Unknown Unknown
Operating System
Unknown Unknown

Browser Plugins Status
Miscellaneous Settings
Miscellaneous SettingsScreen Resolution
Your Time

Dasar Kurikulum Sekolah Cetak

DASAR KURIKULUM SEKOLAH SMKA KUALA LUMPUR

 

 

1.0 LATAR BELAKANG

Kurikulum adalah 'Core Bussiness" bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status sekolah ini yang telah ditentukan sebagai salah sebuah sekolah berasrama penuh harian terkawal yang dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dasar yang ditetapkan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan akademik sekolah ini.

 

2.0 OBJEKTIF

Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan;

2.1    Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah .
2.2    Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah .
2.3   Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

3.0 DASAR

3.1    Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan
3.2    Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
3.3    Sebagai salah sebuah sekolah Kebangsaan Agama, prasyarat yang ditentukan oleh Bahagian Pendidikan Islam KPM dan Sektor Pengurusan Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dipatuhi sepenuhnya.
3.4     Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan kurikulum semasa.
3.5    Pada sebilang masa, program-program pengajaran dan pembelajaran diutamakan. Ini bermakna sekiranya program pengajaran dan pembelajaran bertembung dengan program lain, laluan untuk program pengajaran dan pembelajaran diberikan keutamaan.

 

4.0 MESYUARAT

4.1   Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimun 4 kali setahun mengikut standard piawaian jabatan.
4.2   Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3   Mesyuarat Panitia - minimun 4 kali setahun dan minit mestilah disediakan.
4.4   Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada guru 2 hari sebelum tarikh mesyuarat.

 

5.0 SISTEM FAIL

5.1   Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha Kurikulum
5.2  Semua fail panitia diletakkan di Bilik Kurikulum di bawah selian Guru Kanan Bidang dan Setiausaha Kurikulum
5.3   Jumlah Fail – 3 : Fail Utama, Fail S, Fail Arkib.

 

6.0 PAKEJ MATA PELAJARAN PEPERIKSAAN

6.1  Menengah Rendah - 9 Mata Pelajaran termasuk Bahasa Arab

Bahasa

Melayu

Bahasa

Inggeris

Matematik

Sains

Sejarah

Geografi

Pendidikan

Islam

Bahasa

Arab

Kemahiran

Hidup

 

 

6.2  Menengah Atas

i. Sains Tulen (11 mata pelajaran )

Bahasa

Melayu

Bahasa

Inggeris

Matematik

Sejarah

Matematik

Tambahan

Biologi

Kimia

Fizik

P.Syariah

Islamiah

Bahasa

Arab Tinggi

P.Al Quran &

AsSunnah

 

 

ii. Sains Tulen ·(11 mata pelajaran )

Bahasa

Melayu

Bahasa

Inggeris

Matematik

Sejarah

Matematik

Tambahan

Prinsip

Akaun

Kimia

Fizik

P.Syariah

Islamiah

Bahasa

Arab Tinggi

P. Al Quran &

AsSunnah

 

 

iii. Agama Ikhtisas ( 11 mata pelajaran ) – Sekiranya tahun yang tingkatan 5 ada 5 kelas

Bahasa

Melayu

Bahasa

Inggeris

Matematik

Sejarah

Matematik

Tambahan

Prinsip

Akaun

Sains

Ekonomi

Asas

P. Syariah

Islamiah

Bahasa

Arab Tinggi

P. Al Quran &

AsSunnah

 

 

7.0 SYARAT KEKAL DAN KEMASUKAN KE SMKA KUALA LUMPUR

7.1 Syarat kekal di SMKA Kuala Lumpur ;

Calon-calon tingkatan 3 sekolah ini mestilah;

Mendapat sekurang-kurangnya 4A dalam PMR

i.   Pendidikan Islam - minima B

  1. Bahasa Arab komunikasi - Minima C
  2. Tiada D bagi mana-mana subjek ( bergantung pada keputusan SPI, JPWPKL)
  3. Kes-kes rayuan dirujuk kepada SPI, JPWPKL.

7.2  Syarat Kemasukan dari KAA/SMAN/SMAR

Mendapat sekurang-kurangnya 7A dalam PMR

  1. Pendidikan Islam - minima B
  2. Bahasa Arab komunikasi - Minima C
  3. Tiada D bagi mana-mana subjek
  • Perubahan syarat kemasukan bergantung kepada Surat Siaran JPWP Kuala Lumpur ( Sektor Pendidikan Islam).

 

8.0 SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

8.1  Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah diperolehi dan disimpan oleh setiap guru.

8.2     Salinan Panitia untuk Setiap Tingkatan disimpan dalam Fail Panitia

8.3     Rancangan Pelajaran Harian mengandungi 5 perkara asas;

  1. Tajuk/Isi Pelajaran
  2. Objektif
  3. Aktiviti
  4. Refleksi

8.4      Buku Rekod Mengajar dihantar setiap hari akhir persekolahan minggu berkenaan.

8.5      Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar setiap kali masuk ke kelas.

8.6      Penggabungan isi kandungan sebilangan mata pelajaran bagi Tingkatan 4 & 5 digalakkan bagi membolehkan sukatan dihabiskan segera.Isi kandungan boleh disusun semula oleh guru terbabit.

8.7      Matematik & Matematik Tambahan perlu digabungkan sesetengah topik.

8.8      Menghabiskan Sukatan;

  1. Tingkatan 3 - Sukatan dihabiskan pada bulan Julai
  2. Tingkatan 5- Sukatan dihabiskan pada bulan Ogos
  3. Tingkatan 1,2 dan 4 dihabiskan pada bulan September

8.9      Pendidikan Bestari - Kaedah pengajaran hendaklah kepada student centered / berpusatkan pelajar dan menggunakan ABM/ICT yang disediakan. Kualiti P & P dipertingkatkan dengan guru menguasai kaedah-kaedah terkini dan pengamalannya dilaksanakan setiap masa melalui perkembangan staf.

 

9.0 JADUAL WAKTU

9.1    Jumlah Waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta pendidikan.

9.2    Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum.

9.3    Jadual Waktu anjal digunakan.

9.4    Dasar pengagihan mata pelajaran - keutamaan kepada guru opsyen dan kepakaran guru ( pemeriksa kertas peperiksaan awam)

9.5    Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 27 waktu seminggu.

 

10.0 WAKTU PERSEKOLAHAN

10.1   Isnin - Khamis       7.25 pagi - 3.00 petang

10.2   Jumaat                 7.25 pagi - 12.20 tengah hari

* Waktu berubah mengikut Akta/ Pekeliling Ikhtisas semasa

 

11.0 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

11.1   Peperiksaan Penggal / Diagnostik -     2 kali setahun

11.2   Ujian Bulanan-     2 kali setahun

     i.    Ujian 1 / Intervensi  -  Mac

    ii.    Ujian 2 / Intervensi  - Julai 

 

11.3   Dasar Peratusan Markah Untuk Tingkatan 1,2

i.    Peperiksaan Pertengahan Tahun 100% markah

ii. Jumlah Markah Akhir Tahun 100% akan menentukan Kedudukan Kelas (Streaming) tahun berikutnya.

 

11.4   Dasar Peratusan Markah Untuk Tingkatan 3

i.    Peperiksaan Pertengahan Tahun 100% markah

ii.  Keputusan PMR akan menentukan Kedudukan Kelas dan Aliran (Streaming) untuk tahun berikutnya.

 

11.5   Tingkatan 4 / 5

  1. Peperiksaan Pertengahan Tahun 100%
  2. 100 % markah Akhir Tahun T4 untuk Streaming tahun berikutnya.
  3. 100 % markah Percubaan SPM T5.

 

11.6   Format Peperiksaan

i.    Ujian Bulanan/Intervensi - Masa 1 Jam dan pengujian hanya terhadap sukatan yang diajar sepanjang masa sebelum ujian.

ii.    Peperiksaan Penggal/Diagnostik -

  • Masa mengikut Kertas sebenar peperiksaan Awam
  • Format -Mengikut format soalan kertas peperiksaan awam
  • Semua Pengendalian Mengikut Standard Peperiksaan Sebenar.

 

11.7   Rekod Markah

i.  Markah Ujian Bulanan disimpan dalam buku rekod dan dimasukkan dalam komputer peperiksaan oleh guru mata pelajaran. Slip ujian akan diberikan kepada pelajar untuk ditandatangani ibu bapa dan disimpan dalam fail peribadi pelajar.

ii.    Markah Peperiksaan dimasukkan dalam Komputer oleh guru mata pelajaran dan Slip akan ditandatangani oleh ibu bapa dan disimpan dalam fail peribadi pelajar.

 

11.8   Syarat Lulus

i.    Tingkatan 1- 3 , mengikut keputusan semasa jawatankuasa kurikulum.

ii.   Tingkatan 4 & 5 mengikut garis panduan JPWPKL.

  • Pelajar yang mendapat “D” dalam mana-mana mata pelajaran dikira sebagai tidak mencapai tahap kelulusan “SMKA KUALA LUMPUR “ untuk tingkatan 1,2,3.

 

11.9   Headcount

i.       Seorang Setiausaha Headcounts dilantik untuk memantapkan pengurusan pencapaian murid dalam peperiksaan PMR dan SPM Setiausaha Headcounts akan mengumpul Headcounts daripada Ketua Panitia dan menyediakan Headcounts keseluruhan untuk difailkan dan disimpan dalam bilik kurikulum.

ii.   Ketua Panitia menyediakan Headcounts mulai bulan November yang mana markah Peperiksaan Akhir Tahun   murid Ting 1,2 dan 4 diambil sebagai TOV untuk Ting 2, PMR dan SPM. Bagi murid yang TIDAK HADIR atau MENIRU yang diberi markah 0, maka TOV diambil dari Peperiksaan Pertengahan Tahun tahun sebelumnya.

  1. Dengan menggunakan data-data TOV tahun sebelumnya, Setiausaha peperiksaan dapat menentukan calon-calon Straight A bagi setiap tingkatan, PMR dan SPM.
  2. Headcounts bagi murid Ting 1/2/4 untuk dihantar kepada Setiausaha Kurikulum selewat-lewatnya pada minggu ke-2 bulan Januari..

 

11.10 Post Mortem Untuk Peperiksaan

i.     Post Mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia setiap kali Keputusan Peperiksaan PMR & SPM dan Peperiksaan Dalaman dikeluarkan.

ii.    Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenalpasti secara individu

iii.   Setiap guru ada fail pelajar cemerlang dan pelajar kritikal untuk diambil tindakan sewajarnya.

iv.   Maklumat terperinci pelajar berkenaan perlu disalurkan kepada HEM dan Kaunseling.

 

11.11 PELAN STRATEGIK Jangka Pendek PMR/SPM tahun dinilai

i.    Pelan Strategik jangka pendek tahun dinilai bagi PMR dan SPM untuk  setiap matapelajaran disediakan secara berasingan yang mana PMR terdiri daripada 9 m/pelajaran dan SPM pula 14 m/pelajaran.

ii.    Bahan-bahan dalam Pelan Strategik tahun sebelumnya diubahsuai mengikut susunan berikut:

  • Carta Organisasi
  • Pendahuluan
  • Objektif
  • Matlamat
  • Pencapaian 3 Tahun sebelum tahun dinilai (TOV) dan
  • Sasaran tahun dinilai (ETR)
  • Graf
  • Analisis SWOT
  • Perancangan Strategik Panitia tahun dinilai (Ting 1/2/3/4/5)
  • Carta Gantt
  • Penutup

 

11.12 PELAN STRATEGIK Jangka Panjang PMR/SPM

i.   Pelan Strategik mengandungi

  • Mandat
  • Visi
  • Misi
  • Analisi SWOT
  • Pelan Taktikal – kenalpasti isu strategik
  • Pelan Operasi

 

12.0     PEMANTAUAN

12.1 Pengajaran dan Pembelajaran

i.    Pengajaran dan Pembelajaran Guru/Pelajar di bilik darjah akan diselia sekali dalam setahun secara rasmi tetapi akan di laksanakan sistem ulangan sekiranya tidak mencapai tahap kualiti yang memuaskan .

ii.  Guru-Guru akan dipantau oleh Guru-Guru Kanan dan Penolong Kanan. Jadual penyeliaan berfokus akan dikeluarkan setiap tahun.

iii.   Guru dinasihat berbincang dan menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk diselia.

iv.   Adalah digalakkan guru terlebih dahulu menawarkan diri untuk diselia.

v.    Ketua-Ketua panitia juga digalakkan menyelia guru-guru di bawah panitianya.

vi.   Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan akan diselia oleh Pengetua.

 

12.2   Pengurusan Panitia

i.    Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Guru Kanan Panitia Mata Pelajaran berkenaan.

ii.    Penolong Kanan akan menyelia semua panitia 2 kali setahun.

iii.   Semua fail akan disemak dan berada di Bilik Perkembangan Staf.

iv.  Panitia mesti menentukan jumlah latihan yang perlu diberikan kepada pelajar sepanjang tahun dalam mesyuarat.

 

12.3 Peperiksaan & Penilaian 

i.    Penolong Kanan akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu pengetua dalam pengurusan dan penyeliaan peperiksaan dan ujian.

ii.   Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk seperti dalam senarai tugas tahunan.

 

12.4 Jawatankuasa Pemantauan

i.    Jawatankuasa Tetap Pemantauan Akademik

  • Pengetua
  • Penolong Kanan Pentadbiran
  • Penolong Kanan HEM
  • Penolong Kanan Kokurikulum
  • Guru-Guru Kanan Bidang

 

12.5   Penyeliaan Buku Latihan Pelajar

i.      Kerja pelajar akan dicerap oleh pengurusan 2 kali setahun.

ii.     Semua Guru akan menyerahkan secara rawak 10 buah buku dari setiap kelas yang ajar untuk semakan ketua panitia

iii.   Semua Ketua Panitia akan menyerahkan 10 buah buku daripada kelas yang diajar kepada Guru Kanan Bidang

iv.   Semua Ketua Bidang akan menyerahkan 10 buah buku daripada kelas yang diajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran

v.      Semua Penolong Kanan akan menyerahkaan 10 buah buku kepada Pengetua untuk semakan.

vi.  Rekod Penyeliaan Buku Kerja Pelajar hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran.

 

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA

13.1    Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat Kewangan Sekolah. Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bantu mengajar kepada Guru Kanan Bidang.

13.2   Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan Mesti mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.

13.3     10% peruntukan tahun berkenaan mesti disimpan untuk tahun berikutnya.

13.4     Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang suwa yang ada.

 

14.0   BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN

14.1    Buku Teks yang dibekalkan dimaksimakan penggunaannya.

14.2    Komponen Sastera dalam bahasa Melayu hendaaklah diliputi semua pengajarannya dalam kelas.

14.3    Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.

14.4    PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu P&P bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab – 1 waktu seminggu.

14.5    Masuk ke PSS dengan tujuan pengajaran berfokus dibenarkan .

14.6  Waktu ketiadaan guru- guru ganti digalakkan membawa pelajar ke PSS untuk mencari maklumat.

14.7    Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh Guru-Guru bahasa.

14.8    Penyemakan buku NILAM Pelajar dilakukan 1 kali dalam 3 bulan oleh Guru Bahasa bagi 3 bahasa.

14.9    Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Penyelaras PSS.

14.10  Buku-Buku Rujukan pembelian panitia diuruskan dengan baik dengan rekod yang teratur.

14.11  Buku-buku rujukan percuma ( Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.

 

15.0    TUGASAN MURID / BUDAYA BELAJAR

15.1   Tugasan murid di tentukan oleh guru mata pelajaran dan dipersetujui oleh Ketua Panitia mengikut kesesuaian .

15.2   Tugasan diselesaikan oleh pelajar semasa prep .

15.3   Semua tugasan pelajar disemak oleh guru mata pelajaran dan di mantau oleh ketua bidang dan ketua panitia.

 

16.0    PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

16.1    Semua program utama yang berlangsung dalam P&P dibuat berdasarkan keperluan panitia.

16.2    Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan akademik yang bertunjang ke arah kecemerlangan pelajar.

16.3  Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik adalah nadi membantu semua Panitia dalam merancang dan melaksana program akademik.

16.4    Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik panitia berkenaan.

16.5    Penglibatan HEM, Kaunselor dan Warden Asrama adalah wajib bagi penyelarasan Program Akademik.